Saturday, February 16, 2013

Amzali dalam kenangan...

Malam tadi (15 Feb 2013) tengok perlawanan bola Liga Super, Selangor lawan Kelantan kat Astro Arena. Perlawanan berlangsung di Stadium Shah Alam. Keputusannya, Red Giants menang 2-0. Bila tengok bola cam ni, hatiku teringat pada arwah abangku yang tua 5 tahun daripada aku. Nama dia, Mohamad Ghazali bin Idris. Tapi aku panggil dia Amzali.

Aku memang rapat dgn Amzali spt mana aku rapat dgn kakakku, AdekYah (adik Amzali) yg tua 3 tahun dpd aku. Sebabnya, usia kitorang tak jauh bezanya berbanding dgn abg2 & kakak2 yg lain.

Satu perangai Amzali yg aku suka ialah dia suka membaca. Mcm2 bahan bacaan yg dia beli. Buku2 motivasi, ilmiah & sebagainya. Tahun 80an, masa aku masih di sekolah menengah mengambil SPM & STPM, aku byk dapat manfaat dpd bahan bacaan Amzali. Masa tu, dia dah kerja. Kat sebuah syarikat kewangan di Shah Alam.

Aku dah didedahkan dgn bahan bacaan spt Aliran Weekly (lepas tu Monthly) & tokoh2 ekonomi spt Jomo Kwame Sundaram & Chandra Muzaffar. Juga tokoh2 saintis Islam moden spt Ziauddin Sardar dan sebagainya. Tak ketinggalan, 'Lateral Thinking' oleh Edward de Bono. Semua tu byk membantu memperluaskan pengetahuan aku.

Bila aku masuk ITM pada tahun 1985-1988, Amzali byk membantu aku dari segi kewangan. Bila aku takde duit, aku akan pergi ke Kompleks PKNS Shah Alam, tempat dia kerja (biasanya dgn kawan baik aku Rahman) mintak duit dpd Amzali. Tak pernah sekalipun dia menolak, walaupun aku tahu, ada masanya dia pun tengah sesak. Paling tidak, dia pasti hulur 20, 30 ringgit. Kalau datang waktu tengahari, dia siap belanja kitorang makan lagi.

Kebanyakan bahan bacaan Amzali tu aku bawa ke kampus. Jadi rujukan & bahan bacaan bila ada kelapangan. Bahan2 tulah yg  banyak membantu aku & rakan2 dlm membuat assignment. Maklum ajalah, kursus Sebaran Am yg kitorang ambik tu mmg kena banyak membaca.

Banyak aktiviti yg aku buat dgn Amzali terutamanya masa sekolah dulu. Tengok wayang bila  hujung minggu kat panggung Rex atau Cathay kat Kuala (Pelabuhan Klang). Biasanya cerita Kungfu atau action movie Hollywood. Kadang2 kitorang tengok kat Klang sbb sana byk sikit pawagam & pilihan cerita. 

Satu lagi yg aku 'tabik' kat Amzali ni, dia kreatif. Byk bahan mainan kami yg dia reka sendiri. Contohnya, masa tengah 'demam hoki' piala dunia tahun 1975, sebab tak mampu nak beli kayu hoki, dia buat kayu hoki sendiri. Kitorang pergi kat kilang papan di Pandamaran, tanya jaga kat situ kalau ada kayu2 lebih yg kitorang boleh ambil. Bawak balik, pastu, gergagikan elok2, licinkan pakai kertas pasir. Bahagian kayu yg panjang jadi pemegang, pastu potong bahagian yg pendek & pakukan dgn kayu yg satu lagi tu, jadi pemukul kayu hoki. Kitorang akan main puas2 ala idola hoki masa tu mcm Poon Fook Look. 

Kalau pasal bolasepak Selangor, perghhh... kitoranglah konon2nya penyokong nombor satu. Masa tu, zaman Mokhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan, Khan Hung Meng & ramai lagi. Semua home game kat Stadium Merdeka. Boleh kata, kitorang tak pernah miss satu game pun. Aku ingat lagi, final Piala Malaysia tahun 1986 kat Stadium Merdeka. Selangor lawan Johor.

Masa tu, aku dah 2nd year kat ITM. Kitorang gerak dari rumah kat Pandamaran, awal petang lagi naik bas merah KL-Klang. Turun kat Bas Stand Klang (di KL). Dari situ, jalan kaki ke Stadium Merdeka. Tak silap aku, pukul 4ptg kitorang dah sampai situ. Semuanya Amzali belanja. Tambang bas, tiket bola, makan minum. Pukul 6 kitorang dah masuk dlm stadium. Duduk tempat para penyokong yg 'hardcore'.

Aku ingat lagi, sebelum game mula... bila team Selangor masuk je kat stadium, kitorang sama2 nyanyi lagu 'Barisan Kita'. Bila game dah start, Johor score dulu. Aku & Amzali dah mula resah tapi tetap konfiden yg Selangor mesti menang punya. Memang betul, mlm tu, Selangor mencipta sejarah memenangi Piala Malaysia dgn jaringan 6-1. Punyalah 'happy' kitorang masa tu. Tuhan aja yg tau. Kitorang tunggu sampai penyampaian piala & pingat, pas tu jalan kaki semula ke Bus Stand Klang tu. Bas merah, memang dah tunggu kitorang. Walaupun kitorang berdiri sepanjang perjalanan dari KL ke Pandamaran, langsung tak rasa penat!

Bila Stadium Shah Alam (SSA) dah dibina & mula digunakan, game Selangor berpusat di situ. Walaupun tahun 90an aku dah kahwin & punya anak (aku kahwin lebih awal dpd Amzali), kitorang masih tengok bola sama2. Tahun 2005, masa tu Bambang Pamungkas & Ellie Aiboy jadi jentera penggempur Selangor, kitorang tak pernah miss satu game pun kat SSA. Start tahun 90an, aku pulak yg belanja Amzali. Bila dia dah kahwin & ada anak sendiri, dia siap bawak lagi anak dia, biasanya siHakim. Kadang2 yg bongsu, Luqman pun ikut sama. 

Last sekali aku tengok bola dgn Amzali ialah pada tahun 2011. Sejak Amzali meninggal dunia dlm satu kemalangan jalanraya pada tahun tu, aku mcm dah malas nak tengok bola kat stadium sebab dah takde partner yg jugak abang aku yg seorang ni. Sekarang aku cuma tengok bola kat tv aja. Moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya & ditempatkan di kalangan mereka yg beriman. Alfatihah buat Amzali (1960-2011). 

Nota: Dlm gambar di bawah ni Amzali (berkaca mata) bersama Luqman di Stadium Shah Alam pada bulan April 2011 kalau tak silap. Aku tiada dlm gambar ni sebab jadi jurufotonya.


Tuesday, February 12, 2013

Balik kampung 2

Turun aja bas kat Lebak, perjalanan aku & mak ke rumah Aki di Kg. Kipas diteruskan dengan berjalan kaki. Aku dah dapat rasa suasana kampung yang aku memang nanti-nantikan. Udara yang segar, bunyi burung-burung berkicauan, angin yang bertiup nyaman, air sungai yang mengalir jernih... semuanya buat aku rasa benar-benar 'excited'. Tapi, nak sampai ke rumah aki, mula2 kenalah lalu jambatan kayu sepanjang kira-kira 50 meter yang merentasi sawah padi & anak sungai. 

Di penghujung jambatan tu, rumah arwah pakcik & makcik aku sebelah arwah ayah - Pakteh Omar & Makteh Bedah. Kitorang tak singgah sebab nak terus ke rumah Aki tapi Makteh selalunya nampak kelibat kami dua beranak. Dia akan tegur dalam dialek Pahang. 'bila aok balik weh? Naiklah ke rumah keh dulu?' Mak akan menjawab dengan baik sambil menolak pelawaannya sebab nak terus ke rumah aki.

Dari rumah Makteh, kena jalan kaki naik bukit sikit. Kawasan tu tak banyak rumah, tapi kitorang akan lalu depan rumah bekas penghulu Kg. Budu (sedara jugak), pastu meneruskan perjalanan turun bukit hinggalah sampai ke satu lagi jambatan kayu yang juga merentasi sawah padi. Bila sampai kat jambatan tu, punyalah suka hati aku sebab aku sedar, rumah aki dah tak jauh dah.


Biasanya bila dah lepas kat jambatan tu, kitorang akan terserempak dengan Anak Timah dan anak lelakinya Lan (kawan baik aku kat kampung). Anak Timah ni sedara kitorang jugak. Mak kata, dia sedara belah arwah ayah & mak jugak. Orang kampung berpegang kuat pada adat resam. Pangkat (dalam keluarga) lebih diutamakan, bukannya faktor usia. Sebab itulah aku panggil dia Anak Timah & dia panggil aku 'Aki'.


Teringat aku masa mula2 balik kampung dulu. Masa tu aku belum sekolah lagi. Anak Timah panggil aku Aki. Aku pun mengadu kat mak. 'Apalah Anak Timah ni panggil orang Aki pulak. Orang kecik lagi'. Mak pun dengan lembut menjawab, 'Sham, pangkat tak kira umur. Walaupun Sham kecik lagi, tapi Anak Timah tu pangkat 'cucu' Sham. Sham kena terimalah ya'.


Balik semula pada cerita jumpa dengan Anak Timah & anaknya, Lan. Seperti biasa jugak, Anak Timah akan tanya mak, bila sampai dan berapa lama balik kampung kali ni. Kat aku pulak, Anak Timah akan tanya. 'Aki. Nanti makan kat rumah Anak Timah ya?' Aku pun menggangguk aja. Biasanya, aku akan tanya balik, 'mana puteh'. Anak Timah pun akan menjerit, 'Puteeeeeeh'. Tak lama lepas tu, muncul lah dia. Puteh ni seekor anjing berwarna putih & bertompok. Dia dibela untuk menjaga dusun & jugak keselamatan di rumah Anak Timah. Dia tak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Tidur kat luar aja. (Aku pernah tanya mak pasal Puteh. Boleh ke kita orang Islam bela anjing? Mak kata boleh untuk tujuan tertentu seperti menjaga keselamatan & harta benda tapi kenalah ikut hukum dan syaratnya).


Lepas tu, kitorang sama2 berjalan menuju ke rumah Aki. Dari jambatan tu ke rumah Aki lebih kurang 20 minit aja. Kitorang akan lalu di sebelah tanah ayah (sebelah kiri) yang ada beberapa batang pokok buah-buahan seperti durian, manggis dan langsat. Kat sebelah kanan pulak tanah Wan Teh (sedara kitorang jugak). 


Sampai aja di rumah Aki, mak & aku akan memberi salam. Aki memang selalu ada kat rumah. Dia jarang keluar rumah, melainkan ada keperluan seperti nak ke perigi, ke masjid dan sebagainya. Aki akan menjawab salam sambil bertanyakan pukul berapa kami bertolak dari Pandamaran dan berapa lama kitorang akan tinggal kat kampung. 


Aki Mamat ni memang tak banyak cakap orangnya dan jarang sekali tersenyum. Tapi dia baik dan tetap aki aku. Orangnya bertubuh kecil tapi masih kuat berjalan. Rumah Aki dibuat daripada papan. Dah agak uzur, tapi masih kuat macam aki. Rumah tu hanya ada dua bahagian, rumah tamu yang juga merupakan tempat tidur & dapur di bahagian anak rumah. Ada beberapa buah anak tingkap dan bumbungnya pulak beratapkan zink. Rumah tu memang ringkas tapi pada aku inilah rumah kampung yang 'original'.


Dalam rumah tu memang tak ada perabot. Yang ada, cuma beberapa biji bantal dan tilam kekabu yang digulungkan di satu sudut. Masa tu belum ada bekalan elektrik lagi jadi rumah tu akan diterangi dengan pelita minyak tanah pada waktu malam. Bekalan air pulak terpaksa diangkut dari perigi. Dapur Aki pun ringkas. Pakai kayu api. 

Sedang mak sibuk menyusun beg dan mengeluarkan baju serta bekalan lain yang kitorang bawa, aku pulak dah tak sabar-sabar nak ke perigi. Biasanya masa tu lebih kurang 5.45 atau 6 petang. Tapi kenalah tunggu sekejap sebab kena pergi dengan mak. Aku pun pakai seluar pendek, letak tuala kat bahu, sambil tangan kanan aku memegang sebuah baldi kecil yang berisi keperluan mandi seperti berus gigi, ubat gigi & sabun. 


Nak ke perigi, mesti lalu depan rumah Anak Timah yang merupakan satu-satunya jiran Aki. Sempat aku cakap kat Lan. Esok pagi, kita memancing ya Lan?' Lan pulak seperti biasa, hanya menganggukkan kepalanya. Perghhh... tak sabar nak pergi memancing! 


Pengalaman hidup di kampung aku pun bermula!



Tuesday, December 25, 2012

Balik kampung

Aku memang suka sangat balik kampung. Biasanya aku dan mak balik kampung masa cuti sekolah. Ayah tak ikut sebab kaki ayah lumpuh sebelah. Lagipun, ayah mengajar budak-budak mengaji. Ayah masih boleh berjalan tapi terpaksa menggunakan tongkat. Kitorang balik kampung naik bas. Tukar beberapa kali pulak tu. Kena pulak ayah tak boleh berdiri lama-lama. Jadi susahlah kalau naik bas kan?

Dari rumah aku di Flat Pandamaran, pagi-pagi dalam pukul 9 kitorang dah jalan kaki menuju ke perhentian bas sebelah balai bomba - depan Sekolah Menengah Perempuan Raja Zarina yang terletak kira-kira 15 minit dari rumah aku. Naik bas Sri Jaya sampai ke Perhentian Bas Klang (di Kuala Lmpur). Masa tu, bas pun belum ada air-con lagi. Sampai di KL, kitorang naik pulak lagi satu bas Sri Jaya. Kali ni yang menuju ke Hentian Bas Pekeliling.

Kat situ, ada dua pilihan bas menuju ke kampung Budu. Satu namanya Bas LinSiong. Dari KL menuju ke Kuala Kubu Baru, melalui jalan Kuala Kubu-Raub dan berakhir di Kuala Lipis. Tapi kitorang tak naik bas ni sebab mak tahu, laluan Kuala Kubu-Raub yang bengkang-bengkok macam ular kena palu bertalu-talu tu buat aku jadi mabuk sampai muntah-muntah.

Kitorang akan naik bas Pahang Omnibus Co yang melalui Bentong dan berakhir di pekan Raub. Dari Raub, kena tukar lagi satu bas yang menuju ke Kuala Lipis. Bas ni bas berhenti-henti. Dari Bentong sampailah ke Raub asal ada orang tekan loceng untuk turun atau orang tahan untuk naik, bas ini akan berhenti. Sebab tulah dari KL nak sampai ke Raub mahu dekat 3 jam jugak lah. Walaupun bas ni takde air-con tapi cukup sejuk terutamanya dari Bentong-Raub sebab melalui bukit-bukau.

Sampai kat Raub, biasanya kitorang akan berhenti makan sekejap sebelum menaiki bas seterusnya - bas dari Raub-Kuala Lipis. Tapi kitorang akan turun kat pekan kecil Benta sebab situ dah dekat dengan kampung. Aku cukup suka kalau kitorang balik kampung hari Sabtu sebab hari minggu, di Benta ada pekan sehari. Alah, macam pasar malam tapi waktu siang aja - dari pagi sampai petang. Tapi hari Sabtu sebelah petang, orang dah mula berniaga sebab kebanyakannya datang dari jauh dan akan bermalam di situ.

Macam-macam ada kat Pekan Sari Benta ni. Daripada sayuran kampung dan ulam, kuih-muih tradisional sampailah kepada ikan sungai seperti ikan patin. Aku punya 'favourite'? Lemang Wan Chu Jamaliah dan pucuk keladi. Lemang Wan Chu Jamaliah memang yang terbaik. Pucuk keladi tu pulak masak dengan asam tempoyak. Memang sedap sangat-sangat. Satu lagi aku suka pergi sini sebab dapat jumpa sedara-mara. Mak akan kenalkan kat aku, sipolan ni sedara belah siapa, pangkat apa, dan sebagainya. Biasanya mak akan beli ikan dan sayur serba sedikit sebab kalau beli banyak pun, rumah Aki bukannya ada peti sejuk. Bekalan elektrik pun tak ada!

Dah selesai urusan kat Pekan Sari Benta, kitorang akan naik bas Lin Siong jugak - Benta-Jerantut. Tapi Kampung Budu dah tak jauh dari sini. 3 batu aja jauhnya. Bas ni sejam sekali kalau tak silap aku. Biasanya kitorang akan turun di satu tempat dalam Kampung Budu yang dinamakan Lebak. Selalunya, kitorang sampai kat sini dalam pukul 5 petang.

Kat sini, barulah bermula 'adventure' sebenar aku balik kampung dengan mak!




Friday, December 14, 2012

Aku budak bandar 2

Walaupun aku tak rapat dengan arwah aki, dia memang baik orangnya. Cuma dia tak banyak bercakap dengan aku dan agak tegas orangnya.

Rumah aki memang 'typical' rumah kampung - berdinding, berlantaikan papan dan beratapkan zink. Saiznya agak kecil dan tak ada bilik. Bilik air pun tak ada! Lagipun dia tinggal sorang2 kan? Tapi rumah aki ni ada keunikan tersendiri. Masa awal tahun 70an dulu (aku masih kat sekolah rendah), Kampung Budu (termasuklah Kampung Kipas) tak ada bekalan elektrik dan air paip.

Bila malam, pakai pelita minyak tanah. Bekalan air pulak datang daripada sebuah perigi (mata air) yang terletak kira-kira 400 meter dari rumah aki. Perigi tu lah tempat mandi, situ jugaklah angkut air untuk memasak atau buat minum. Rasanya memang payau sikit tapi kira arwah aki minum 'mineral water' lah kan?

Sebab rumah aki takde bilik air, membuang air kecil dan besar terpaksalah dilakukan di kawasan tertentu yang tidak jauh daripada rumah aki. Siang oklah kan? Bila malam, timbul lah satu masalah. Aku ni kira penakut jugaklah kan? Apa taknya, kiri kanan rumah aki dipenuhi pokok buah-buahan & belukar. Belakang rumah aki kira-kira 100 meter pulak tanah perkuburan. Mak selalu cakap kat aku, 'apa yang ko nak takut, itu semua kubur sedara mara kitalah'. Dalam hati, aku kata, 'yalah tu... macamlah boleh hilangkan rasa takut aku ni'.

Jadi, bila aja perut aku meragam atau rasa nak buang air kecil, mak lah yang terpaksa temankan aku. Nak pulak, rumah aki memang sejuk bila malam. Aku yang daripada kecil memang tak suka pakai selimut pun terpaksalah berselimut.

Tapi mak tak pernah sekalipun menolak. Tetap temankan anak bongsu dia yang masa tu masih cuba menyesuaikan diri dengan suasana kampung.

Waktu mandi memang aku nanti-nantikan. Seronok sangat mandi kat perigi tu. Air dia banyak dan tak pernah putus. Mak kata, kalau musim kemarau pun air dia tetap ada. Dari rumah aki, aku berseluar pendek sambil tuala diletakkan di bahu dan tangan menjinjing baldi kecil yang berisi sabun mandi, berus gigi dan ubat gigi.

Ada sekali tu, aku nak mandi masa tengahari. Masa tu pulak hujan panas tengah turun. Bila aki tengok aku dah 'standby' nak turun ke tanah dengan kelengkapan mandi tu, terus dia tanya aku dalam dialek Lipis. 'Aok nak ke mana tuh'. Aku pun jawab, 'nak ke perigi aki'. Terus aki 'sound' aku balik. 'Mandi petang-petang sikik.Tak elok mandi sekarang ni.

Aku tak membantah. Terus tak jadi pergi perigi. Aku tanya mak yang tengah sibuk memasak kat dapur. 'Kenapa aki tak bagi Sham gi mandi sekarang ni?' Mak kata, itu petua orang tua2. Kalau tengahari, hujan panas, tak elok pergi kat kawasan yang ada air macam perigi dan sungai sebab jin suka keluar masa tu.

Sejak tu, aku ingat kata2 mak. Tapi aki tak pernah melarang aku main2 di sekitar kampung kipas tu dengan kawan baik aku. Nama dia Lan. Dia hampir sebaya dengan aku. Dia ni sedara aku jugak tapi memang terlampau pendiam orangnya. Sepatah aku tanya, sepatahlah dia jawab. Biasanya akulah yang banyak menceceh. Macam2 kitorang buat, memancing ikan, jalan2. Pendekata, aku ada kat rumah aki masa tengahari atau dah nak senja.

Memang syok balik kampung. Tapi nak balik ke kampung dari Pandamaran pun bukan senang... kalau pagi bertolak dari rumah, petang baru sampai.

Wednesday, December 12, 2012

12345678... takkan luput dalam ingatan!

Tepat jam 12.12 hari ni, bermakna genaplah 12.12 tgh hari, 12 haribulan 12, tahun 12 = 1212 1212. Ingat tak apa yg korang buat masa tu? 

Aku pulak ada detik bersejarah yg hampir serupa. Tapi berlaku pada tahun 1978. Masa tu aku masih belajar kat sekolah menengah. 

Sehari sebelum hari yang bersejarah itu, ayah berpesan kepada aku, arwah abang aku (Amzali) dan kakak aku (Adek Yah). Katanya, 'esok pukul 12 tengahari, ayah nak korang bertiga mesti ada kat rumah.' Kami pulak tidak bertanya sebabnya, sekadar menjawab, 'ya ayah'.

Pada hari tu, pukul 12 tengahari, kami memang dah ada kat rumah. Beberapa minit lepas tu, ayah memanggil kami bertiga. Sambil matanya asyik melihat kat jam di dinding, ayah berkata 'hari ni ayah nak cerita2 sikit kat korang' sementara menunggu tiba masanya'. 

Ayah pun mula bercerita... Bila jam menunjukkan waktu 12.33 tengahari, ayah tiba-tiba berhenti bercerita. Sambil memandang ke arah jam, ayah berkata, 'kita sama-sama tunggu ya. Satu minit aja lagi'. Kitorang sebenarnya masih 'blur' lagi masa tu, tapi tetap menunggu.

Bila jam menunjukkan tepat waktu 12.34 tengahari, barulah ayah beritahu hal yang sebenar. 'Ayah suruh korang bertiga kumpul masa ni sebab ayah nak korang ingat detik ni sampai bila-bila. Dua belas tiga puluh empat tengah hari, lima haribulan enam tahun tujuh puluh lapan, bersamaan dengan 12345678.

Hari tu memang best! Macam-macam yang ayah ceritakan. Daripada cerita pasal sedara mara sampailah kepada cerita hantu - pengalaman yang dia sendiri alami di kampung Budu.

Ternyata, arwah ayah memang seorang yang berpandangan jauh. 12345678. Detik bersejarah tu, kami berkumpul empat beranak - ayah, aku, Amzali & Adek Yah. Detik yang tak akan luput dalam ingatan ku. Sampai bila-bila.

Nota: Ayah meninggal dunia pada 18 November 1981, Amzali meninggal dunia pada 12 September 2011. Moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh kedua-duanya. Alfatihah...

Tuesday, December 11, 2012

Aku budak bandar

Aku lahir kat Pelabuhan Klang, besar di Pandamaran. Kedua-duanya di negeri Selangor. Aku anak bongsu daripada lapan orang adik-beradik. Kedua orang tua aku pulak berasal daripada sebuah kampung di daerah Kuala Lipis, Pahang. Kampung Budu namanya. 

Tak dapat aku pastikan asal usul nama kampung ini. Mungkin mengambil sempena nama 'budu' yang menjadi teman hidangan nasi di Kelantan, sebab Kuala Lipis kan tak jauh daripada Gua Musang?

Aku memang tak pernah mengaku sebagai orang Pahang, sebab aku tak lahir atau besar kat situ. Aku orang Selangor. Dulu, kini, dan selamanya.

Walaupun aku orang bandar, aku selalu ikut arwah mak balik kampung masa aku kecil dulu. Mak cuma ada ayahnya yang tinggal seorang diri di Kampung Kipas (dalam Kampung Budu - kampung dalam kampung lah kan). Aki, itulah panggilan orang Pahang buat datuk. Wan ialah panggilan buat nenek. Tapi aku tak pernah kenal Wan sebab dia dah meninggal dunia sebelum aku lahir lagi.

Orang kampung panggil aki aku Aki Mamat sebab namanya Mohamad. Kata mak, arwah aki pernah beristeri empat tapi bukan berpoligami. Mak anak sulung daripada isteri pertama. Lepas mak kepada mak aku meninggal, aki kahwin lagi. Ditakdirkan, isteri yang kedua pun meninggal. Aki kahwin lagi buat kali ketiga, Sekali lagi isterinya meninggal, Kahwin kali keempat pun begitu juga. Akhirnya kata mak, aki serik nak kahwin sebab katanya jodoh dengan isterinya semuanya tak panjang.

Jadi, aki pun hidup membujang. Adik beradik mak yang lain selalu jugak datang menjenguk aki seperti Mak Teh, Pakcik, Mak Embong dan sebagainya.

Aku tak rapat sangat dengan aki. Mungkin sebab tak tinggal dengan dia dan jumpa pun bila balik kampung musim cuti sekolah aja.