Tuesday, December 11, 2012

Aku budak bandar

Aku lahir kat Pelabuhan Klang, besar di Pandamaran. Kedua-duanya di negeri Selangor. Aku anak bongsu daripada lapan orang adik-beradik. Kedua orang tua aku pulak berasal daripada sebuah kampung di daerah Kuala Lipis, Pahang. Kampung Budu namanya. 

Tak dapat aku pastikan asal usul nama kampung ini. Mungkin mengambil sempena nama 'budu' yang menjadi teman hidangan nasi di Kelantan, sebab Kuala Lipis kan tak jauh daripada Gua Musang?

Aku memang tak pernah mengaku sebagai orang Pahang, sebab aku tak lahir atau besar kat situ. Aku orang Selangor. Dulu, kini, dan selamanya.

Walaupun aku orang bandar, aku selalu ikut arwah mak balik kampung masa aku kecil dulu. Mak cuma ada ayahnya yang tinggal seorang diri di Kampung Kipas (dalam Kampung Budu - kampung dalam kampung lah kan). Aki, itulah panggilan orang Pahang buat datuk. Wan ialah panggilan buat nenek. Tapi aku tak pernah kenal Wan sebab dia dah meninggal dunia sebelum aku lahir lagi.

Orang kampung panggil aki aku Aki Mamat sebab namanya Mohamad. Kata mak, arwah aki pernah beristeri empat tapi bukan berpoligami. Mak anak sulung daripada isteri pertama. Lepas mak kepada mak aku meninggal, aki kahwin lagi. Ditakdirkan, isteri yang kedua pun meninggal. Aki kahwin lagi buat kali ketiga, Sekali lagi isterinya meninggal, Kahwin kali keempat pun begitu juga. Akhirnya kata mak, aki serik nak kahwin sebab katanya jodoh dengan isterinya semuanya tak panjang.

Jadi, aki pun hidup membujang. Adik beradik mak yang lain selalu jugak datang menjenguk aki seperti Mak Teh, Pakcik, Mak Embong dan sebagainya.

Aku tak rapat sangat dengan aki. Mungkin sebab tak tinggal dengan dia dan jumpa pun bila balik kampung musim cuti sekolah aja.

No comments:

Post a Comment