Saturday, February 16, 2013

Amzali dalam kenangan...

Malam tadi (15 Feb 2013) tengok perlawanan bola Liga Super, Selangor lawan Kelantan kat Astro Arena. Perlawanan berlangsung di Stadium Shah Alam. Keputusannya, Red Giants menang 2-0. Bila tengok bola cam ni, hatiku teringat pada arwah abangku yang tua 5 tahun daripada aku. Nama dia, Mohamad Ghazali bin Idris. Tapi aku panggil dia Amzali.

Aku memang rapat dgn Amzali spt mana aku rapat dgn kakakku, AdekYah (adik Amzali) yg tua 3 tahun dpd aku. Sebabnya, usia kitorang tak jauh bezanya berbanding dgn abg2 & kakak2 yg lain.

Satu perangai Amzali yg aku suka ialah dia suka membaca. Mcm2 bahan bacaan yg dia beli. Buku2 motivasi, ilmiah & sebagainya. Tahun 80an, masa aku masih di sekolah menengah mengambil SPM & STPM, aku byk dapat manfaat dpd bahan bacaan Amzali. Masa tu, dia dah kerja. Kat sebuah syarikat kewangan di Shah Alam.

Aku dah didedahkan dgn bahan bacaan spt Aliran Weekly (lepas tu Monthly) & tokoh2 ekonomi spt Jomo Kwame Sundaram & Chandra Muzaffar. Juga tokoh2 saintis Islam moden spt Ziauddin Sardar dan sebagainya. Tak ketinggalan, 'Lateral Thinking' oleh Edward de Bono. Semua tu byk membantu memperluaskan pengetahuan aku.

Bila aku masuk ITM pada tahun 1985-1988, Amzali byk membantu aku dari segi kewangan. Bila aku takde duit, aku akan pergi ke Kompleks PKNS Shah Alam, tempat dia kerja (biasanya dgn kawan baik aku Rahman) mintak duit dpd Amzali. Tak pernah sekalipun dia menolak, walaupun aku tahu, ada masanya dia pun tengah sesak. Paling tidak, dia pasti hulur 20, 30 ringgit. Kalau datang waktu tengahari, dia siap belanja kitorang makan lagi.

Kebanyakan bahan bacaan Amzali tu aku bawa ke kampus. Jadi rujukan & bahan bacaan bila ada kelapangan. Bahan2 tulah yg  banyak membantu aku & rakan2 dlm membuat assignment. Maklum ajalah, kursus Sebaran Am yg kitorang ambik tu mmg kena banyak membaca.

Banyak aktiviti yg aku buat dgn Amzali terutamanya masa sekolah dulu. Tengok wayang bila  hujung minggu kat panggung Rex atau Cathay kat Kuala (Pelabuhan Klang). Biasanya cerita Kungfu atau action movie Hollywood. Kadang2 kitorang tengok kat Klang sbb sana byk sikit pawagam & pilihan cerita. 

Satu lagi yg aku 'tabik' kat Amzali ni, dia kreatif. Byk bahan mainan kami yg dia reka sendiri. Contohnya, masa tengah 'demam hoki' piala dunia tahun 1975, sebab tak mampu nak beli kayu hoki, dia buat kayu hoki sendiri. Kitorang pergi kat kilang papan di Pandamaran, tanya jaga kat situ kalau ada kayu2 lebih yg kitorang boleh ambil. Bawak balik, pastu, gergagikan elok2, licinkan pakai kertas pasir. Bahagian kayu yg panjang jadi pemegang, pastu potong bahagian yg pendek & pakukan dgn kayu yg satu lagi tu, jadi pemukul kayu hoki. Kitorang akan main puas2 ala idola hoki masa tu mcm Poon Fook Look. 

Kalau pasal bolasepak Selangor, perghhh... kitoranglah konon2nya penyokong nombor satu. Masa tu, zaman Mokhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan, Khan Hung Meng & ramai lagi. Semua home game kat Stadium Merdeka. Boleh kata, kitorang tak pernah miss satu game pun. Aku ingat lagi, final Piala Malaysia tahun 1986 kat Stadium Merdeka. Selangor lawan Johor.

Masa tu, aku dah 2nd year kat ITM. Kitorang gerak dari rumah kat Pandamaran, awal petang lagi naik bas merah KL-Klang. Turun kat Bas Stand Klang (di KL). Dari situ, jalan kaki ke Stadium Merdeka. Tak silap aku, pukul 4ptg kitorang dah sampai situ. Semuanya Amzali belanja. Tambang bas, tiket bola, makan minum. Pukul 6 kitorang dah masuk dlm stadium. Duduk tempat para penyokong yg 'hardcore'.

Aku ingat lagi, sebelum game mula... bila team Selangor masuk je kat stadium, kitorang sama2 nyanyi lagu 'Barisan Kita'. Bila game dah start, Johor score dulu. Aku & Amzali dah mula resah tapi tetap konfiden yg Selangor mesti menang punya. Memang betul, mlm tu, Selangor mencipta sejarah memenangi Piala Malaysia dgn jaringan 6-1. Punyalah 'happy' kitorang masa tu. Tuhan aja yg tau. Kitorang tunggu sampai penyampaian piala & pingat, pas tu jalan kaki semula ke Bus Stand Klang tu. Bas merah, memang dah tunggu kitorang. Walaupun kitorang berdiri sepanjang perjalanan dari KL ke Pandamaran, langsung tak rasa penat!

Bila Stadium Shah Alam (SSA) dah dibina & mula digunakan, game Selangor berpusat di situ. Walaupun tahun 90an aku dah kahwin & punya anak (aku kahwin lebih awal dpd Amzali), kitorang masih tengok bola sama2. Tahun 2005, masa tu Bambang Pamungkas & Ellie Aiboy jadi jentera penggempur Selangor, kitorang tak pernah miss satu game pun kat SSA. Start tahun 90an, aku pulak yg belanja Amzali. Bila dia dah kahwin & ada anak sendiri, dia siap bawak lagi anak dia, biasanya siHakim. Kadang2 yg bongsu, Luqman pun ikut sama. 

Last sekali aku tengok bola dgn Amzali ialah pada tahun 2011. Sejak Amzali meninggal dunia dlm satu kemalangan jalanraya pada tahun tu, aku mcm dah malas nak tengok bola kat stadium sebab dah takde partner yg jugak abang aku yg seorang ni. Sekarang aku cuma tengok bola kat tv aja. Moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya & ditempatkan di kalangan mereka yg beriman. Alfatihah buat Amzali (1960-2011). 

Nota: Dlm gambar di bawah ni Amzali (berkaca mata) bersama Luqman di Stadium Shah Alam pada bulan April 2011 kalau tak silap. Aku tiada dlm gambar ni sebab jadi jurufotonya.


Tuesday, February 12, 2013

Balik kampung 2

Turun aja bas kat Lebak, perjalanan aku & mak ke rumah Aki di Kg. Kipas diteruskan dengan berjalan kaki. Aku dah dapat rasa suasana kampung yang aku memang nanti-nantikan. Udara yang segar, bunyi burung-burung berkicauan, angin yang bertiup nyaman, air sungai yang mengalir jernih... semuanya buat aku rasa benar-benar 'excited'. Tapi, nak sampai ke rumah aki, mula2 kenalah lalu jambatan kayu sepanjang kira-kira 50 meter yang merentasi sawah padi & anak sungai. 

Di penghujung jambatan tu, rumah arwah pakcik & makcik aku sebelah arwah ayah - Pakteh Omar & Makteh Bedah. Kitorang tak singgah sebab nak terus ke rumah Aki tapi Makteh selalunya nampak kelibat kami dua beranak. Dia akan tegur dalam dialek Pahang. 'bila aok balik weh? Naiklah ke rumah keh dulu?' Mak akan menjawab dengan baik sambil menolak pelawaannya sebab nak terus ke rumah aki.

Dari rumah Makteh, kena jalan kaki naik bukit sikit. Kawasan tu tak banyak rumah, tapi kitorang akan lalu depan rumah bekas penghulu Kg. Budu (sedara jugak), pastu meneruskan perjalanan turun bukit hinggalah sampai ke satu lagi jambatan kayu yang juga merentasi sawah padi. Bila sampai kat jambatan tu, punyalah suka hati aku sebab aku sedar, rumah aki dah tak jauh dah.


Biasanya bila dah lepas kat jambatan tu, kitorang akan terserempak dengan Anak Timah dan anak lelakinya Lan (kawan baik aku kat kampung). Anak Timah ni sedara kitorang jugak. Mak kata, dia sedara belah arwah ayah & mak jugak. Orang kampung berpegang kuat pada adat resam. Pangkat (dalam keluarga) lebih diutamakan, bukannya faktor usia. Sebab itulah aku panggil dia Anak Timah & dia panggil aku 'Aki'.


Teringat aku masa mula2 balik kampung dulu. Masa tu aku belum sekolah lagi. Anak Timah panggil aku Aki. Aku pun mengadu kat mak. 'Apalah Anak Timah ni panggil orang Aki pulak. Orang kecik lagi'. Mak pun dengan lembut menjawab, 'Sham, pangkat tak kira umur. Walaupun Sham kecik lagi, tapi Anak Timah tu pangkat 'cucu' Sham. Sham kena terimalah ya'.


Balik semula pada cerita jumpa dengan Anak Timah & anaknya, Lan. Seperti biasa jugak, Anak Timah akan tanya mak, bila sampai dan berapa lama balik kampung kali ni. Kat aku pulak, Anak Timah akan tanya. 'Aki. Nanti makan kat rumah Anak Timah ya?' Aku pun menggangguk aja. Biasanya, aku akan tanya balik, 'mana puteh'. Anak Timah pun akan menjerit, 'Puteeeeeeh'. Tak lama lepas tu, muncul lah dia. Puteh ni seekor anjing berwarna putih & bertompok. Dia dibela untuk menjaga dusun & jugak keselamatan di rumah Anak Timah. Dia tak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Tidur kat luar aja. (Aku pernah tanya mak pasal Puteh. Boleh ke kita orang Islam bela anjing? Mak kata boleh untuk tujuan tertentu seperti menjaga keselamatan & harta benda tapi kenalah ikut hukum dan syaratnya).


Lepas tu, kitorang sama2 berjalan menuju ke rumah Aki. Dari jambatan tu ke rumah Aki lebih kurang 20 minit aja. Kitorang akan lalu di sebelah tanah ayah (sebelah kiri) yang ada beberapa batang pokok buah-buahan seperti durian, manggis dan langsat. Kat sebelah kanan pulak tanah Wan Teh (sedara kitorang jugak). 


Sampai aja di rumah Aki, mak & aku akan memberi salam. Aki memang selalu ada kat rumah. Dia jarang keluar rumah, melainkan ada keperluan seperti nak ke perigi, ke masjid dan sebagainya. Aki akan menjawab salam sambil bertanyakan pukul berapa kami bertolak dari Pandamaran dan berapa lama kitorang akan tinggal kat kampung. 


Aki Mamat ni memang tak banyak cakap orangnya dan jarang sekali tersenyum. Tapi dia baik dan tetap aki aku. Orangnya bertubuh kecil tapi masih kuat berjalan. Rumah Aki dibuat daripada papan. Dah agak uzur, tapi masih kuat macam aki. Rumah tu hanya ada dua bahagian, rumah tamu yang juga merupakan tempat tidur & dapur di bahagian anak rumah. Ada beberapa buah anak tingkap dan bumbungnya pulak beratapkan zink. Rumah tu memang ringkas tapi pada aku inilah rumah kampung yang 'original'.


Dalam rumah tu memang tak ada perabot. Yang ada, cuma beberapa biji bantal dan tilam kekabu yang digulungkan di satu sudut. Masa tu belum ada bekalan elektrik lagi jadi rumah tu akan diterangi dengan pelita minyak tanah pada waktu malam. Bekalan air pulak terpaksa diangkut dari perigi. Dapur Aki pun ringkas. Pakai kayu api. 

Sedang mak sibuk menyusun beg dan mengeluarkan baju serta bekalan lain yang kitorang bawa, aku pulak dah tak sabar-sabar nak ke perigi. Biasanya masa tu lebih kurang 5.45 atau 6 petang. Tapi kenalah tunggu sekejap sebab kena pergi dengan mak. Aku pun pakai seluar pendek, letak tuala kat bahu, sambil tangan kanan aku memegang sebuah baldi kecil yang berisi keperluan mandi seperti berus gigi, ubat gigi & sabun. 


Nak ke perigi, mesti lalu depan rumah Anak Timah yang merupakan satu-satunya jiran Aki. Sempat aku cakap kat Lan. Esok pagi, kita memancing ya Lan?' Lan pulak seperti biasa, hanya menganggukkan kepalanya. Perghhh... tak sabar nak pergi memancing! 


Pengalaman hidup di kampung aku pun bermula!