Saturday, February 16, 2013

Amzali dalam kenangan...

Malam tadi (15 Feb 2013) tengok perlawanan bola Liga Super, Selangor lawan Kelantan kat Astro Arena. Perlawanan berlangsung di Stadium Shah Alam. Keputusannya, Red Giants menang 2-0. Bila tengok bola cam ni, hatiku teringat pada arwah abangku yang tua 5 tahun daripada aku. Nama dia, Mohamad Ghazali bin Idris. Tapi aku panggil dia Amzali.

Aku memang rapat dgn Amzali spt mana aku rapat dgn kakakku, AdekYah (adik Amzali) yg tua 3 tahun dpd aku. Sebabnya, usia kitorang tak jauh bezanya berbanding dgn abg2 & kakak2 yg lain.

Satu perangai Amzali yg aku suka ialah dia suka membaca. Mcm2 bahan bacaan yg dia beli. Buku2 motivasi, ilmiah & sebagainya. Tahun 80an, masa aku masih di sekolah menengah mengambil SPM & STPM, aku byk dapat manfaat dpd bahan bacaan Amzali. Masa tu, dia dah kerja. Kat sebuah syarikat kewangan di Shah Alam.

Aku dah didedahkan dgn bahan bacaan spt Aliran Weekly (lepas tu Monthly) & tokoh2 ekonomi spt Jomo Kwame Sundaram & Chandra Muzaffar. Juga tokoh2 saintis Islam moden spt Ziauddin Sardar dan sebagainya. Tak ketinggalan, 'Lateral Thinking' oleh Edward de Bono. Semua tu byk membantu memperluaskan pengetahuan aku.

Bila aku masuk ITM pada tahun 1985-1988, Amzali byk membantu aku dari segi kewangan. Bila aku takde duit, aku akan pergi ke Kompleks PKNS Shah Alam, tempat dia kerja (biasanya dgn kawan baik aku Rahman) mintak duit dpd Amzali. Tak pernah sekalipun dia menolak, walaupun aku tahu, ada masanya dia pun tengah sesak. Paling tidak, dia pasti hulur 20, 30 ringgit. Kalau datang waktu tengahari, dia siap belanja kitorang makan lagi.

Kebanyakan bahan bacaan Amzali tu aku bawa ke kampus. Jadi rujukan & bahan bacaan bila ada kelapangan. Bahan2 tulah yg  banyak membantu aku & rakan2 dlm membuat assignment. Maklum ajalah, kursus Sebaran Am yg kitorang ambik tu mmg kena banyak membaca.

Banyak aktiviti yg aku buat dgn Amzali terutamanya masa sekolah dulu. Tengok wayang bila  hujung minggu kat panggung Rex atau Cathay kat Kuala (Pelabuhan Klang). Biasanya cerita Kungfu atau action movie Hollywood. Kadang2 kitorang tengok kat Klang sbb sana byk sikit pawagam & pilihan cerita. 

Satu lagi yg aku 'tabik' kat Amzali ni, dia kreatif. Byk bahan mainan kami yg dia reka sendiri. Contohnya, masa tengah 'demam hoki' piala dunia tahun 1975, sebab tak mampu nak beli kayu hoki, dia buat kayu hoki sendiri. Kitorang pergi kat kilang papan di Pandamaran, tanya jaga kat situ kalau ada kayu2 lebih yg kitorang boleh ambil. Bawak balik, pastu, gergagikan elok2, licinkan pakai kertas pasir. Bahagian kayu yg panjang jadi pemegang, pastu potong bahagian yg pendek & pakukan dgn kayu yg satu lagi tu, jadi pemukul kayu hoki. Kitorang akan main puas2 ala idola hoki masa tu mcm Poon Fook Look. 

Kalau pasal bolasepak Selangor, perghhh... kitoranglah konon2nya penyokong nombor satu. Masa tu, zaman Mokhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan, Khan Hung Meng & ramai lagi. Semua home game kat Stadium Merdeka. Boleh kata, kitorang tak pernah miss satu game pun. Aku ingat lagi, final Piala Malaysia tahun 1986 kat Stadium Merdeka. Selangor lawan Johor.

Masa tu, aku dah 2nd year kat ITM. Kitorang gerak dari rumah kat Pandamaran, awal petang lagi naik bas merah KL-Klang. Turun kat Bas Stand Klang (di KL). Dari situ, jalan kaki ke Stadium Merdeka. Tak silap aku, pukul 4ptg kitorang dah sampai situ. Semuanya Amzali belanja. Tambang bas, tiket bola, makan minum. Pukul 6 kitorang dah masuk dlm stadium. Duduk tempat para penyokong yg 'hardcore'.

Aku ingat lagi, sebelum game mula... bila team Selangor masuk je kat stadium, kitorang sama2 nyanyi lagu 'Barisan Kita'. Bila game dah start, Johor score dulu. Aku & Amzali dah mula resah tapi tetap konfiden yg Selangor mesti menang punya. Memang betul, mlm tu, Selangor mencipta sejarah memenangi Piala Malaysia dgn jaringan 6-1. Punyalah 'happy' kitorang masa tu. Tuhan aja yg tau. Kitorang tunggu sampai penyampaian piala & pingat, pas tu jalan kaki semula ke Bus Stand Klang tu. Bas merah, memang dah tunggu kitorang. Walaupun kitorang berdiri sepanjang perjalanan dari KL ke Pandamaran, langsung tak rasa penat!

Bila Stadium Shah Alam (SSA) dah dibina & mula digunakan, game Selangor berpusat di situ. Walaupun tahun 90an aku dah kahwin & punya anak (aku kahwin lebih awal dpd Amzali), kitorang masih tengok bola sama2. Tahun 2005, masa tu Bambang Pamungkas & Ellie Aiboy jadi jentera penggempur Selangor, kitorang tak pernah miss satu game pun kat SSA. Start tahun 90an, aku pulak yg belanja Amzali. Bila dia dah kahwin & ada anak sendiri, dia siap bawak lagi anak dia, biasanya siHakim. Kadang2 yg bongsu, Luqman pun ikut sama. 

Last sekali aku tengok bola dgn Amzali ialah pada tahun 2011. Sejak Amzali meninggal dunia dlm satu kemalangan jalanraya pada tahun tu, aku mcm dah malas nak tengok bola kat stadium sebab dah takde partner yg jugak abang aku yg seorang ni. Sekarang aku cuma tengok bola kat tv aja. Moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya & ditempatkan di kalangan mereka yg beriman. Alfatihah buat Amzali (1960-2011). 

Nota: Dlm gambar di bawah ni Amzali (berkaca mata) bersama Luqman di Stadium Shah Alam pada bulan April 2011 kalau tak silap. Aku tiada dlm gambar ni sebab jadi jurufotonya.


No comments:

Post a Comment